LAMPU JALAN
Banyak sudah
kedai lampu
aku masuk
Jika ada
yang berkenan
ku beli, ku bawa pulang
Tapi rata-rata
tidak tahan lama
fius terbakar, mentol pecah, wayarnya rosak
Kadang tiada apa-apa
cuma tiba masa
ia tidak sepadan dengan ruang dalaman
Hingga suatu malam
aku lihat dia
yang selama ini memang di situ
lain dari lampu yang lain-
bukan untuk dibeli,
bukan untuk dibawa pulang
aku mahu capai namun tidak sampai
tinggi, teguh, silaunya hebat
si lampu jalan
Blogku je ke ade problem? nape xleh edit and insert picture? grr.
No comments:
Post a Comment